Tuesday, August 15, 2017

:: AMWAY MALAYSIA ::


 :: AMWAY MALAYSIA ::





AMWAY Malaysia berdiri megah dalam kalangan kumpulan AMWAY di seluruh dunia kerana berada di antara 10 syarikat gabungan paling berprestasi, disokong oleh penunjuk mengagumkan seperti pusing ganti jualan, keberuntungan dan tenaga Pemilik Perniagaan AMWAY (ABO) yang kukuh. AMWAY Malaysia telah memperluaskan sokong perniagaan para ABO melalui jaringan Kedai Runcit AMWAY yang meluas di seluruh Malaysia dan Brunei serta tiga hab gudang daerah. 
Ditubuhkan pada 1976 dan disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia sejak 1996, AMWAY Malaysia adalah syarikat jualan langsung terkemuka di Malaysia dengan tenaga teras ABO melebihi  239,000 orang dan mencatat perolehan RM1.02 bilion bagi tahun fiskal yang  berakhir 31 Disember 2015. Pada 2010, AMWAY Malaysia telah dianugerahkan lesen jualan langsung 10 tahun oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KDNKK). 

Sepanjang 40 tahun di Malaysia, syarikat telah menawarkan rangkaian luas produk berkualiti yang dibezakan dengan penuh makna di bawah lima barisan produk terasnya: Pemakanan dan Kesejahteraan (vitamin, mineral dan suplemen dietari NUTRILITE), Penjagaan Kulit & Kosmetik (Penjagaan kulit dan kosmetik warna ARTISTRY), Dandanan Diri (penjagaan mulut GLISTER, penjagaan badan BODY SERIES dan penjagaan rambut SATINIQUE), Penjagaan Barangan Di Rumah (produk pembersihan di rumah L.O.C., penjagaan kain cucian SA8) dan Alatan Berteknolgi Di Rumah (sistem rawatan air eSpring, Sistem rawatan udara ATMOSPHERE). Selain itu, Personal Shoppers Catalogue pula menawarkan produk pengguna dari sumber tempatan. 


Sejarah AMWAY Malaysia

Perjalanannya dari 1976 hingga 2016, dan seterusnya.
Sejak penubuhannya pada 1976, AMWAY Malaysia sentiasa mempunyai satu tujuan: untuk membantu rakyat Malaysia menjalani kehidupan yang lebih baik. Ketika syarikat berkembang dan terus berkembang, Pemilik Perniagaan AMWAY (ABO) juga turut berkembang. Bersama-sama, syarikat telah dapat bertahan lama, mengatasi segala cabaran dan mendaki jauh lebih tinggi untuk sampai ke kedudukannya pada hari ini – di puncak kejayaan. Ini adalah petikan perjalanan itu.

1976 – 1978
Memulakan operasi di Jalan Ipoh dengan lima kakitangan.
Sebatian Cucian SA8, Pencuci L.O.C. High Suds & Perkakas Memasak AMWAY QUEEN menjadi produk kami yang terlaris.
   
1979 – 1980
Pusat Pengedaran Daerah Pertama (RDC) di Butterworth.
Produk NUTRILITE pertama, Pek Keluarga, dilancarkan.
   
1981 – 1984
Sistem Penjagaan Kulit ARTISTRY dan produk NUTRILITE Protein, Natural B Complex, Bio C, Lecithin E dan ACTIVE 8 dilancarkan.
   
1985 – 1986
Ulang tahun ke-10.
Sumbangan RM500,000 untuk pembinaan Rumah Tunas Harapan di Kuala Selangor.
Buku Masakan Perkakas Memasak AMWAY Queen diterbitkan.
   
1987-1988
Produk keluaran tempatan pertama, Bedak Talkum Sekeluarga ALLANO.
ARTISTRY Treasure Collection dan Koleksi Warna ‘Shades of Australia’ dilancarkan.
   
1989-1990
Pameran Kesihatan dan Kecergasan NUTRILITE.
Pengenalan Pelan Kemalangan Peribadi AMSURE dan Personal Shoppers Catalogue.
   
1991-1992
‘Big on Quality’, peraduan terbesar AMWAY Malaysia untuk meraikan ulang tahun ke-15.
Sistem Rawatan Air dilancarkan.
   
1993-1995
Bungkusan baru untuk produk Dandanan Diri, NUTRILITE dan ARTISTRY.
   
1996-1997
AMWAY Malaysia mengambil alih AMWAY Brunei.
Disenaraikan di Papan Utama KLSE (Bursa Malaysia).
Dianugerahkan Lesen Jualan Langsung selama 3 tahun.
Produk herba NUTRILITE pertama (NUTRILITE Garlic and Licorice) dilancarkan.
   
1998-2001
AMWAY2u.com mula beroperasi, membolehkan transaksi dalam talian 24 jam sehari, 7 hari seminggu.
AMWAY ATS (Sistem Rawatan Air) dilancarkan.
   
2002-2005
Kempen One by One untuk membantu kanak-kanak yang memerlukan dilancarkan.
AMWAY Malaysia tersenarai antara 10 Syarikat Malaysia Diurus Paling Baik.
NUTRILITE dan AMWAY WTS menerima Anugerah Reader’s Digest Superbrands.
   
2006-2008
Ulang tahun ke-30.
Konsep “Ambil dan Bayar” diperkenalkan di kedai-kedai AMWAY.
Menerima Anugerah BrandLaureate 2006-2007 untuk jenama jualan langsung terbaik.
NUTRILITE DOUBLE X, Penulen Udara ATMOSPHERE dan Sistem Rawatan Air eSpring dilancarkan.
   
2009-2012
Dianugerahkan Lesen Jualan Langsung selama 10 tahun.
AMWAY Home dan ARTISTRY Youth Xtend dilancarkan.
   
2013-2015
ARTISTRY Men, BodyKey by NUTRILITE dan ARTISTRY Supreme LX dilancarkan.
   
2016 & Seterusnya
Ulang tahun ke-40.

www.amway.com.my

AMWAY Business Owner (ABO) : 8804276

012 257 5397

:: AMWAY GLOBAL ::

Assalamualaikum.. Serba sedikit latar belakang mengenai AMWAY..



AMWAY adalah syarikat jualan langsung No. 1 di dunia, menurut Direct Selling News Global 100*.

Beroperasi di lebih 100 negara dan wilayah, AMWAY mengeluar dan mengedar lebih 450 produk pengguna, yang disokong oleh pasukan kami yang melebihi 950 saintis, jurutera dan pakar teknikal AMWAY yang bertugas di lebih 75 makmal R&D dan jaminan kualiti di serata dunia. Jenama terlaris untuk AMWAY termasuk vitamin, mineral dan suplemen dietari NUTRILITE, produk penjagaan kulit dan kosmetik warna ARTISTRY serta sistem rawatan air eSpring.


 

Warisan AMWAY

AMWAY diasaskan di Ada, Michigan, Amerika Syarikat, oleh dua orang sahabat dan rakan perniagaan sepanjang hayat, Jay Van Andel dan Rich DeVos. Mereka memulakan perniagaan pada 1959 dari bilik bawah tanah rumah mereka. Rich dan Jay percaya memiliki perniagaan membolehkan anda mengawal  kehidupan sendiri dan memberikan nafkah yang lebih baik kepada keluarga. Jadi mereka pun membina perniagaan AMWAY bagi memudahkan orang lain memulakan dan mengembangkan perniagaan mereka sendiri. Semangat keusahawanan para pengasas ini terus memarakkan lagi AMWAY. Hari ini, AMWAY adalah salah sebuah syarikat milik persendirian terbesar di Amerika Syarikat. Ia masih dimiliki dan diuruskan oleh anak-anak pengasas. 
*Diterbitkan dalam Direct Selling News edisi Jun 2015, berdasarkan perolehan 2014


www.amway.com.my

ABO : 8804276
012 257 5397